Serangan Seksual | Pumas UNAM pecat Dani Alves selepas ditahan reman

2023-01-21 0

Selepas ditahan reman tanpa diberi jaminan, Dani Alves dipecat daripada pasukan bola sepak Pumas UNAM pada Jumaat.

Bekas bintang Barcelona dan Brazil itu ditahan polis malam tadi atas dakwaan melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita di sebuah kelab malam.